Sunday, August 12, 2012

Assalamualaikum

Gua tengah panas hati kbye.

Gua rasa tenang kalau gua tatap gambar kawan-kawan JB gua. Dorang lah tempat gua luah perasaan cam Akem, Puteri dengan Maizura. Gua rasa dorang bertiga lagi memahami gua kot. Yang lain pun memahami jugak cuma tak macam dorang bertiga. Kadang-kadang kesian kat Maizura sebab kena dengar itu ini daripada gua. Kesian dia kena tadah telinga dengar semua masalah gua. Tak call, message dia. Tapi, kalau bertentang mata lagi rasa dalam hati tu puas! Rasa semua dah lega. Tunggu lah this Friday baru dapat jumpa dia. InsyaAllah. Kadang-kadang nak jugak cuba cerita masalah kat Iskandar tapi, macam tak boleh sebab gua rasa dia bukan tempat untuk gua mengadu masalah-masalah gua. Mungkin dia bukan pendengar yang setia untuk gua. Mungkin lah. Belum cuba lagi sebenarnya. Nak cuba tapi takut.

Staright to the point, gua tengah ada masalah. Masalah hati actually. Masalah panas hati dengan orang.

Baru nak cerita betapa seronoknya sebab Puteri dah tolong belikan Baju JOHO. Tapi keseronokkan untuk menaip pasal tu mati. K assalamualaikum.

Thursday, August 9, 2012

Assalamualaikum

Tinggal lagi 8 hari gua nak balik Johor Darul Awesome. Tinggal lagi 12 hari nak raya ketiga. Maknanya, gua punya ulangtahun kelahiran lagi 12 hari lah dol! Eeeee, tak sabar rasanya. Haritu Ibu gua ada tanya kat gua camni ;

Ibu : Kak, hadiah hari jadi nak apa?
Me : Nak Ipadddddddd!
Ibu : Amboi!

Lu rasa gua boleh dapat tak Ipad tu? Berapa peratus ek peluang yang cerah nak dapat tu? Lu tawu, Ipad tu gua rasa dah macam satu keperluan untuk gua. Even gua ada smartphone dan laptop berserta internet, gua rasa gua nak merasa gak pakai Ipad tu! Takda niat pun nak usung kehulu kehilir Ipad tu tapi dah memang camtu kan sepatutnya mihmih :3 Rasa dah besar ni tak nak lah hadiah budak-budak lagi. Nampak tak demand kat situ?

Esok kawan-kawan KPM gua dah start cuti. TWO WEEKS! TWO WEEKS OKAY! Gua bukan apa, gua jelly je. Babun ah boleh cuti sampai 2 minggu. Untungnyaaaaaaaaa. Dapatlah dorang iftar ramai-ramai. Aku je yang jauh kat sini :'( Why Politek buat cuti mid sem sama dengan cuti raya sekali?! Ini tidak adil, ini tidak adil ouuhhhh~

Iskandar kata dia rindu gua. Gua pun tak sabar nak jumpa dia kbye *blushing*

Tuesday, August 7, 2012

Assalamualaikum

Lamanya tak update. Actually, gua baru upgrade broadband ni haa. Haritu line lembab nak mampos. So, tambah la GB. Btw, hello everyone! Gua dah mulakan pengajian semester 2 gua dengan so far so good. Cuma satu ujian perlu dihadapi iaitu masuk bengkel time-time puasa. Lu tahu exhausting? Tula yang gua rasa sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Hopefully, dapat jalani dengan tenang lah :)

xoxo

Wednesday, July 11, 2012

Assalamualaikum

Tadi petang baru terfikir pasal time aku confess kat Iskandar haritu tu. Kenapa tiada respon daripada dia? Tak kisah la respon positif ke negatif ke tapi satu pun takda apa-apa jawapan daripada dia. Hmmm??

Akem ada cakap ;
"Maybe dia tak nak kau sentap ke kecik hati ke apa ke"

Masa confess malam tu memang takda respon. Dah takut dah and fikir "Ouh, ni mesti dia tak nak kawan dengan aku lagi sebab aku confess kat dia" Tapi esok paginya tu dia okay dan buat macam takda apa-apa jadi. So, aku pun macam "Ouh, kayyy. Dia still nak kawan dengan aku lagi macam biasa" Masa last day lepak dengan dia before dia naik kolej tu ada jugak cakap pasal ni. Ofcos la aku yang starting dulu bukak mulut. Kalau tak, memang tak lah kan.

Then, lama-lama cakap pasal tu dia ada cakap gini ;
"Pasal yang kau cakap kau suka aku tu, aku terima"

Hmm?? Nak kata kena reject, macam tak je mihmih. Nak kata dia terima pun ofcos lah tak. Orang dah ada girlfriend ni. Mana satu? Rasanya yang kedua tu.

Tadi dia ada call. Dia mintak tolong. Then dia ada cakap ;
"Aku bukan nak mintak simpati tapi just want to let you know lah. Kau kan bestfriend aku"

Bestfriend? Aku rasa aku dah dapat jawapan dia. Sebab tu baru petang tadi aku terfikir kot. But, I will always love you more than a friend. That's my promise :')
Assalamualaikum

Baru hari Ahad lepas aku bertolak balik Perak Darul Ridzuan. Harini aku balik Johor Darul Awesome semula hekhek. Rindu tanah tumpah plus, hati tertinggal kat sini. Tak sempat amek haritu HAHA. Saje balik sebab rindu rumah, teman Wardah balik sebab dia nak settlekan motor dia, blablabla. Nampak tak aku buat JB-Perak tu macam sebelah-sebelah je? Terror kan hahaha puihh! Tak fikir nak save duit pun. Fikir nak balik jugak! So, tak kira memang nak balik mihmih.

Ouh semalam aku baru kemas segala barang, segala baju, segala-galanya lah kat rumah sewa tu. Sampai rumah sewa kemain awal tapi semalam baru nak kemas ngehngeh. Ada satu benda nak tunjuk. Meh sini tengok. Jangan comment pape tau hewhew ;


Nampak tak tu? Ni baru sikit tau. Banyak lagi sebenarnya tapi tak tunjuk ngee. Camni la orang yang duduk rumah sewa. Keserabutan tapi best! Aku tak tawu kenapa aku tetiba cakap best -.-"

Jiran kiri kanan melayu. Jiran kiri rasanya senior Politeknik jugak dan yang penting, perempuan. Cuma jiran depan je student lelaki. So, kena jaga adab sikit lah mihmih. Classmate aku rumah dekat je. Tapi budak lelaki lah. Sorang budak Johor bawak kereta datang. Apa lagi? Tumpang sekaki lah kan hee~

Tadi daftar modul secara manual. So, kena jumpa PA semua lah kan. Punya lah terpacak kat bus stop pukul 7 lebih. Sampai poli dalam 730. Sementara awal lagi tu pergilah breakfast kat kantin dulu. Pastu tunggu PA, ingatkan nak daftar awal pastu nak packing balik JB. Last-last daftar pukul 1030. Sakitnya hati ni. Masuk je poli budak baru tengah beratur nak makan. Punya lah ramai budak lelaki intake kali ni. Time kitorang asrama perempaun 3 blok, asrama lelaki 3 blok jugak. Intake kali ni asrama perempuan 2 je, asrama lelaki sampai 4! Gila kentang. Ramai nohhh lelaki?? Lalu je depan dorang, ada yang cakap ;

Budak baru : "Eh, ni sem 5 ke sem 6? Erm sem 6 ni"

HAHAHA opah kau sem 6. Baru nak masuk sem 2 pun. Nampak matured kan? Bahahaha. Papelah. Btw welcome to Politeknik Sultan Azlan Shah, Guys! :)

xoxo

Tuesday, July 10, 2012

Assalamualaikum

Selamat malam.

Esok pagi kena bangun awal-awal sebab nak daftar modul. Bilik air ada dua nasib baik. Takde la berebut sangat mihmih. Seronok makan kat rumah ada orang tolong masakkan even cuma nasi goreng bujang yang awesome hekhek.

Dah berapa hari dah Iskandar tak contact kita. Kayyy, sedih. Takpe la. Biar dia dengan girlfriend dia. Tak nak kacau lah. Tak baik hewhew :3

That's all for today HAHAHA. Good night, bloggers :) Assalamualaikum.

xoxo

Sunday, July 8, 2012

Assalamualaikum

Hi! Kita dah sampai kat rumah sewa dah. Tapi, tak kemas lagi semua hee.

Ouh semua housemate kita dah sampai dah. Cuma sorang lagi kena balik kampung sebab family dia accident. Lepas hantar dia pulak tu. Hope everything gonna be fine. Hmm..

Aaaaaaa! Harini takda cerita menarik nak cerita. So, kita tangguh nanti la ekh hewhew. Kbye salam :)

xoxo

Friday, July 6, 2012

Assalamualaikum

Esok pagi bertolak ke Perak Darul Ridzuan. Bermula lah kembali kehidupan di sana setelah 2 bulan cuti. Cuti 2 bulan aku awesome keyh kat JB ni! Nak extend cuti lagi la boleh? Mihmih.

Ouh harini hati aku rasa tenang sikit. Malam semalam rasa rindu kat kengkawan tu tak hilang lagi plus, dengan sedihnya lagi. Tapi bangun pagi tadi okay la. Even tak fresh mana sebab tidur pukul 5 pagi hati rasa biasa-biasa je hewhew.

Tapi kannnn, ada satu je perasaan yang tak best. Rindu kat Iskandar. Like seriously. Sumpah rindu sangat. Padah tak jumpa semalam. Hmm hmm.. Kenapa fikir pasal Iskandar je ni? Kayyy kayyy dah. Telekung yang dia bagi tu bawak pergi Perak kay, Kin. Nanti dia sentiasa dalam doa kau. Nak cakap rindu kat dia through message tapi takut kecewa takda respon so, diam jelah mihmih. Takmo kacau boyfriend orang ekh ;p


Miss you, Angah~
xoxo
Kalau lah Angah tawu perasaan aku *dah tawu kot*
Kalau lah Angah pun rasa sama yang aku rasa.
Kalau lah Angah macam Angah yang dulu *i miss you*
Kalau lah Angah tiap masa ada untuk aku.
Kalau lah Angah caring macam dulu.
Kalau lah Angah, kalau lah Angah.

Tu semua KALAU. Sedih kan camni. Mengharap. Sorang-sorang. Forever alone. Habis nak kata kau sunyi lah sekarang? Hahaha tak lah. Cuma rasanya macam perlukan perhatian je. Perhatian yang lebih, LEBIH.

Kenapa semuanya berubah masa kita sekolah dulu ea? Kenapa rapat pastu tetiba tak rapat? Selalu kalau aku ungkit benda macam ni nanti kena marah dengan Angah. Dia kata tu cerita lama. Tak payah ungkit. Kita cerita pasal sekarang. Hmm kayyy.

Aku ni tempat time dia susah baru dia cari ke? Sedihnya dia naik kolej awal. Belum genap sebulan pun rapat balik dengan dia. Ouhmyyy. Kena tunggu sebulan lebih lagi baru dapat jumpa. Dalam masa sebulan tu macam-macam boleh jadi kan? Kita tak tawu.

Aku, cuma mengharapkan semuanya akan berubah seperti dulu. 3 tahun lepas. Ye, seperti dulu.

Adakah aku berpeluang mendapat perhatian daripada Angah dan perhatian itu hanya untuk aku seorang sahaja?

Jodoh tidak kemana. Kalau ada, ada lah -PuteriHanis, RozyanaNatasha, KhairulRa'in. Hmm I hope so.

Masih mengharap dan menanti even aku tawu aku tak mungkin akan dapat perhatian tu. Korang tawu dan kenal siapa Angah I guess.

xoxo
Assalamualaikum

Hi! Saya kembali hihi. Ouh tengah senyum dan gembira ni sebab Iskandar baru lepas call. Even berapa minit je rasa "Hee bestnya dapat dengar suara dia" Kesian dia baru balik orientasi.

Ouh saya ada beberapa gambar untuk tatapan korang semua. Sepanjang saya berada di KPM Bandar Penawar ;







Saya bermerah hati sepanjang hari mihmih. Bersama budak buncit yang tengah puasa. 
Miss my ropol-ropol geng. Kbye muah! :*

xoxo

Thursday, July 5, 2012

Assalamualaikum

Hi! Hekhek. Okay, first of all aku nak cakap aku rindu member-member KPM kbye :* HAHA.

Kayyy, tadi pergi KPM. Hantar Kocham balik sana. Punya lah bersiap dari pukul 10 pagi. Siap kelam-kabut lagi tu dengan nak gosok selendang, nak masak nasi, nak mandi, nak blablabla. Lastly, Akem amek pukul 1. Comel kan? Mihmih. Sedor pukul 945 pastu sedor mengejut pulak tu sebab fikir mesti aku yang paling lambat ni. Tapi, sebenarnya tak. Eh? Dah, tanak cerita yang tu. Nak cerita masa kat KPM.

Masuk KPM cam "Ouhmyyy best gila kolej dorang ni!" Even tak berapa nak besar sangat cam Politeknik aku mihmih, tapi memang awesome la kolej dorang. Masuk asrama dorang. Bilik dorang memang awesome gila! Rasa cam bestnya satu bilik 4 orang. Environment dorang pastu eh memang best lah kan. Tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata. Nak sama tempat je dengan dorang tau. Asrama dah macam gaya apartment. Tu aku boleh ungkapkan dengan kata-kata hahaha.

Then, pergi Bandar Penawar. Haa satu je tak best. Bandar dorang. Kureng sikit lah. Tapi semuanya okay je. Aku pun text Iskandar sebab nak jumpa dia. Sumpah rindu! Tapi, dapat tengok dari jauh je :'( Dia lambai tadi hmm hmm. Takpe lah. Raya kan jumpa, insyaAllah.

Masa hantar Mai dengan Bai depan asrama dengan serta-merta airmata aku mengalir. Sumpah rindu dorang and cam susah nak lepaskan dorang. Maybe cuti kali ni lama pastu asyik hang out so, rasa cam "Aaaaaaa, sayang gila and rindu gila kat korang!" Aku dengan Mai kot yang nangis beriya tapi jujur memang rasa sedih sangat. Baru aku dapat rasa "Okay, dorang ni lah sahabat sejati aku dunia akhirat, insyaAllah" Tak boleh lupa. Sampai sekarang aku still ingat time tadi nangis dengan dorang, hantar dorang balik asrama. Boleh ulang balik masa tak? Hmm hmm..

Kayy lah. Penat tak hilang lagi even bukan aku yang drive mihmih. Thanks a lot Akem. Susah-susah drive jejauh. Terima kasih banyak-banyak! Korang, belajar rajin-rajin. Sumpah aku rindu korang. Dah jauh dah. Lagi-lagi Sabtu ni aku dah balik Perak. Hmm okay jumpa lagi. Assalamualaikum.

xoxo

Tuesday, July 3, 2012

Assalamualaikum

Sumpah aku tak boleh tipu diri sendiri. Aku rindu gila kot kat Iskandar. Gila rindu since malam tadi pas jumpa. Padahal baru je jumpa semalam. Hah? Apa aku cakap ni?!

3 Words ;

Miss You, Iskandar :'(

Haih kau dah makan ke belum ni? Kat sana semua cukup ke tak? Haih haih haih.

xoxo


Monday, July 2, 2012

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi dah keluar dengan Iskandar dengan menaiki baby Livina. Tolong dia settlekan hal KPM dia. Aku pun pergi settlekan yuran poli. Alhamdulillah, semua dah settle harini. Tak payah pening-pening lagi.

Seronok keluar dengan Iskandar. Esok dia dah balik KPM. Huaaaaaaa! Rindu kau lah, gile. Buku Heroin aku tak pulang-pulang. Menyirap -.-" Petang tadi apa yang terbuku di hati aku lepaskan semua. Dah takda yang tertinggal lagi dah hewhew.

Good Luck, Encik Iskandar. Belajar betul-betul tau. Ni penting!

JANGAN PERNAH SESEKALI LUPA AKU SEBABBBBBBB,
AKU DAH MANDREM KAU TADI HEKHEK.


Me love this picture. Will miss you :*

xoxo

Sunday, July 1, 2012

Assalamualaikum

Aku rasa macam ada stalker yang busuk hati stalk wa ni. Dahla busuk hati pastu perangai... Kau stalk orang kau dapat apa? Seronok sangat stalk orang? Pastu diri sendiri yang sakit hati bila terasa. Apa bangang lah doe kau ni. Kemon lah!

Saturday, June 30, 2012



Me love them so much.
Thank you for three years until now xoxo :)
Assalamualaikum

Selamat tengah malam semua.

Tadi, pukul 12.54 am aku selamat meluahkan perasaan aku kat Iskandar. Mesti korang cakap aku nampak desperate kan? Hahaha. Aku luahkan perasaan aku pun bukan suka-suka. Serius kot sebab dah fikir. Tapi tadi rasa cam terpaksa luahkan harini jugak sebab dah 3 tahun pendam. 3 years keyh! Hewhew.

Rasa tadi kekuatan tu datang. So, aku malas nak berlengah nanti menyesal. Peh ayat. Aku luahkan pun bukan nak dia jadi milik aku cam sesetengah orang luahkan sebab nak orang tu sangat. Aku lebih kepada biar dia tawu perasaan aku selama ni. Aiceh. Jahat weh aku jatuh cinta kat boyfriend orang hoho.

Sekarang masih menunggu respon daripada dia. Dah dekat 1 hour ni. Tapi takpe. Bersabar lah. Aku kena bersedia apa pun jawapan yang akan dia bagi nanti. Sebab aku dah luahkan so, kena la amek risiko. Bagus Putuw bagi motivasi hewhew. Okay lah. Selamat malam.

xoxo

Friday, June 29, 2012

Assalamualaikum

Kehadapan kekasih gelapku, Iskandar Eh? Hekhek.

Tiada apa yang nak aku katakan cuma satu sahaja.

AKU SAYANG KAU

Peh! Pengakuan berani mati sial. Okay, macam kau cakap kat aku Ahad lepas ;

Is : Aku sayang kau.
Me : Hah?
Is : Aku sayang kau, ikin.
Me : Apa? Tak dengar. Lagi sekali.
Is : Aku sayang kau, ikinku sayang.

____________________________

Haa nampak tak kat situ? Hm sebenarnya tak nak percaya sangat dengan perkataan SAYANG tu sebab kat semua orang kita boleh cakap kita sayang rite? Ya, dia ada cakap dia sayang sebagai kawan. Kawan dia ramai kan heee. Apa wa merepek ni?

Okay, straight to the point lah. Aku dah mula suka kat dia balik. Asalnya dari dulu lagi. Sejak dibangku sekolah lagi. Peh ayat tak tahan. Tapi perasaan tu lama-lama takde sebab aku dah tak rapat dengan dia macam dulu masa masih bersekolah. Tapi sebenarnya jauh di lubuk hati aku masih bersisa perasaan suka pada dia. Haa get it? Then sekarang kembali rapat dan benda yang aku takutkan dah pun berkuasa dan bermaharajalela dalam hati aku. Timbul kembali perasaan suka tu. Bukan sekadar suka malah rindu jika tak contact even sehari. Ya, aku rindu dia sekarang. Aku tak tipu.


Akan tetapi, kita ni kalau suka kat boyfriend orang ni sampai kemana je kan? Hati dan fikiran dia tetap untuk girlfriend dia. Bukan untuk kita. Aku tak boleh nak ubah apa-apa. Cuma mampu pendam dan simpan sorang-sorang tentang perasaan hati aku untuk dia. Aku juga tak boleh dan tak layak mengubah hati dia kerana orang kata hati manusia tak boleh dipaksa. Begitu jugak hati aku. Tak boleh nak buang jauh-jauh perasaan ini.


Aku tahu dia anggap aku sebagai kawan. Tapi aku tidak. Layanan dia pada aku kadang-kadang lebih dari seorang kawan. Itulah salah satu faktor kenapa aku suka kat dia balik. Rasanya mungkin aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku. Hanya atas nama kawan. Rasanya tu yang lagi suci dan bersih.


Aku tak cukup kuat nak meluahkan segala-galanya pada dia sebab aku tak nak merosakkan hubungan kami sebagai kawan. Cukuplah diri ini dan yang terdekat tahu isi hati aku. Aku hanya mampu doakan kebahagian dia.



Lindungi Iskandar, Ya Allah. Kerana aku sangat menyayanginya :')

xoxo
Assalamualaikum

Selamat malam, semua. Kesian blog ni dah berapa hari tak diupdate hehe. Selasa lepas adalah Girls Day Out! Hewhew. Unfortunately, tak semua yang ada dan semestinya lah tak cukup kuota. Tapi nvm sebab esok sekali lagi Girls Day Out! Woots! Btw, here are some pictures for you. Yes you. You lah! Hihi ;









Ada banyak lagi. Semuanya di facebook Puteri Hanis Azizan. Thanks sebab sponsor kamera. Dah rasa macam DSLR, babe hewhew.

xoxo

Tuesday, June 26, 2012

Assalamualaikum

Penat berjalan harini. Macam-macam tempat pergi. Tengok movie cerita Abraham Lincoln tu. Tapi saya cuma bagi 3.5/5 je kot. Tak adventure lah hoho. Btw seronok sebab tengok dengan siblings saya. Dah memalam ni malas nak taip panjang-panjang so, ni tatapan untuk korang ;


Khairul Ra'in pun ada cuma time ni dia jadi cameraman :)

Ouh yeah, tadi Akem chat dengan saya. Ni result dia. Awesome right? Cuma slek Tasawwur tu -.-" Tapi sokey la Akem. Well done!


xoxo

Sunday, June 24, 2012

Assalamualaikum

Hi! Hari Jumaat lepas kita keluar dengan kawan-kawan kita. KAWAN tau. Okay, malas nak cerita banyak. Ni lah Encik Iskandar kita.


Haa jangan fikir bukan-bukan hee. Dia kawan kita je. Sebab dia dah ada girlfriend so kita dah kena reject awal-awal bahahahaha. Sekarang dia jadi driver kita *peace*

Tak sabar nak tunggu Kak Fariza upload gambar kat Melaka :)


xoxo

Thursday, June 21, 2012

Assalamualaikum

Harini sebenarnya nak buat sesi luahan hati. Eh tanakla malu orang baca tapi nak buat jugaklah. Siapa je baca belog kita ni. Orang pertama tawu link rasanya Farah hihi ;p

Encik I nama diberi. Ala malu ah nak cakap nama penuh. Faham-faham sendiri lah. Nak kata aku jatuh hati rasanya tak kot sebab takda rasa apa-apa #eh Ah senang cerita dah rapat balik dengan dia la. Dulu masa kat sekolah je rapat pastu masing-masing buat hal sendiri.

Aku bukan apa cuma aku takut. Takut kalau-kalau masa lalu tu berulang kembali. Yeah maybe dia cuma main-main dengan aku sebab dia pun dah ada girlfriend. Tapi takutla jugak. Sedangkan orang yang berkahwin pun boleh bercerai apetah lagi yang sedang bercinta - Tasha. So, Asyikin jangan menaruh harapan yang tinggi sangatlah ye. Nanti awak merana. Eh dahla kbai.

*Tatawu nak buat apa sebab esok Encik I ajak keluar. Ouhmyyy, pleasa help me.

xoxo

Monday, June 18, 2012

Wedding Kak Dila & Abg Hezer

Assalamualaikum

I'm back, baybeh! Hahaha. Hurm nak cerita apa? Ouh nak cerita 9hb lepas cousin awesome saya selamat disatukan dengan pasangan pilihannya. Meh tengok sini. Bila turn aku pulak nak pakai lawa-lawa camni? Hewhew. Btw, selamat pengantin baru, Kak Dila & Abg Hezer ;)



Pengantin lelaki hati dia lembut. So dia nangis kihkihkih


Yang ni feveret



Ni buah hati pengarang jantung kita :)




Ouh yeah, gambar feveret kita ada lagi yang tertera kat atas tu haa. Baring atas katil pelamin gitu -.-" Jumaat ni pulak hantar pengantin untk majlis sebelah pengantin lelaki kat Melaka. Me, jadi pengapit okay. Wattudu? Dem wa.

xoxo
Assalamualaikum semua.

Gila kentang tak update blog 3 bulan. Aku ulang, 3 bulan keyh. Peh!

Sebenarnya dah tak nak dah ada blog ni. Faham-faham la sekarang ramai stalker busuk hati nak mampus. Tetiba tergerak hati pulak nak ada balik. Gatal tak gatal kan. Okay lah, sambung nanti. Ni intro je dulu >.<

xoxo

Wednesday, March 7, 2012

Assalamualaikum

Ahad lepas ke Mid Valley menaiki komuter yang sardin bin tuna. Panas, sesak tak payah cakap. Kita pergi dengan kawan-kawan kita.


Pergi makan Pizza Hut je *tetiba teringat dialog minah ni masa pergi raya rumah dia yang besar lah sangat kan*

Ouh saya beli baju baru. Dapat dari gerai yang jual sempena konvokesyen sijil haritu. Murah je tak mahal pun. Tak mampu. Ada orang tu dapat baju dari Singapore lagi. Untunglah...


K beli kasut lagi. Kasut flat yang bawak pergi kelas je. Sekian Assalamualaikum~

Thursday, March 1, 2012

Assalamualaikum

Hampir 2 bulan langsung tak update blog ni. Sebabya saya sibuk dan line internet untuk semua jenama tidak menunjukkan ia mahu bergerak pantas seperti di Johor Bahru. Broadband ni kerap kali diperap dalam bag. Kasihan. Hm saya tak tahu macam mana nak edit blog ni bagi cantik gila macam orang tu, orang tu dan orang tu. Dah jumpa link dia yang diberi oleh Cik Afiqah tapi dah nama pun tak reti, memang tak reti lah jawabnya. Saya perlukan bimbingan daripada rakan-rakan yang pandai edit blog cantik-cantik tu. Untunglah.

Di sini ada sedikit tatapan mata untuk korang sepanjang aku bercuti hanya seminggu. Tapi cop! Tak payah lah upload kat sini sebab dah ada orang upload di sini. Boleh tengoklah ye.

Minggu ni PSAS ada Majlis Konvokesyen untuk student integrasi. Tiga hari berturut-turut.
Minggu depan ada Program 3K. Cadar colour kuning blablabla...


Sesungguhnya, saya merindui saat-saat bersama mereka :'(

Monday, January 2, 2012

Assalamualaikum

hi hello hello hi :)

arghhhhhhhh bilik saya siling bocor. semalam hujan lebat ingat nak sodap-sodap tidur dalam bilik sorang-sorang tanpa diganggu oleh roomate -.-" tiba-tiba tuptup air menitik dari atas. kenapa katilku yang menjadi mangsa? haih hiash hoih.

cuti 3 hari ni agak membosankan. ah memang bosan pun. nasib baik ada 4 orang peneman. tapi sorang dah balik perok :( cuti duduk bilik, makan tidur makan tidur. dah tak tawu nak buat apa. nak jogging? hareeemmmm. agak-agak balik JB 3 minggu lagi ni boleh nampak tak perbezaan bentuk badan, pipi dan segala-galanya kat badan saya nieeee? *dalam proses nak menjadi buleeettt haha.

ouh saya ada sedikit gambar kawan-kawan saya. semua Jabatan Kejuruteraan Elektrik -.-