Kehadapan kekasih gelapku,
Tiada apa yang nak aku katakan cuma satu sahaja.
AKU SAYANG KAU
Peh! Pengakuan berani mati sial. Okay, macam kau cakap kat aku Ahad lepas ;
Is : Aku sayang kau.
Me : Hah?
Is : Aku sayang kau, ikin.
Me : Apa? Tak dengar. Lagi sekali.
Is : Aku sayang kau, ikinku sayang.
____________________________
Haa nampak tak kat situ? Hm sebenarnya tak nak percaya sangat dengan perkataan SAYANG tu sebab kat semua orang kita boleh cakap kita sayang rite? Ya, dia ada cakap dia sayang sebagai kawan. Kawan dia ramai kan heee. Apa wa merepek ni?
Okay, straight to the point lah. Aku dah mula suka kat dia balik. Asalnya dari dulu lagi. Sejak dibangku sekolah lagi. Peh ayat tak tahan. Tapi perasaan tu lama-lama takde sebab aku dah tak rapat dengan dia macam dulu masa masih bersekolah. Tapi sebenarnya jauh di lubuk hati aku masih bersisa perasaan suka pada dia. Haa get it? Then sekarang kembali rapat dan benda yang aku takutkan dah pun berkuasa dan bermaharajalela dalam hati aku. Timbul kembali perasaan suka tu. Bukan sekadar suka malah rindu jika tak contact even sehari. Ya, aku rindu dia sekarang. Aku tak tipu.
Akan tetapi, kita ni kalau suka kat boyfriend orang ni sampai kemana je kan? Hati dan fikiran dia tetap untuk girlfriend dia. Bukan untuk kita. Aku tak boleh nak ubah apa-apa. Cuma mampu pendam dan simpan sorang-sorang tentang perasaan hati aku untuk dia. Aku juga tak boleh dan tak layak mengubah hati dia kerana orang kata hati manusia tak boleh dipaksa. Begitu jugak hati aku. Tak boleh nak buang jauh-jauh perasaan ini.
Aku tahu dia anggap aku sebagai kawan. Tapi aku tidak. Layanan dia pada aku kadang-kadang lebih dari seorang kawan. Itulah salah satu faktor kenapa aku suka kat dia balik. Rasanya mungkin aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku. Hanya atas nama kawan. Rasanya tu yang lagi suci dan bersih.
Aku tak cukup kuat nak meluahkan segala-galanya pada dia sebab aku tak nak merosakkan hubungan kami sebagai kawan. Cukuplah diri ini dan yang terdekat tahu isi hati aku. Aku hanya mampu doakan kebahagian dia.

Lindungi Iskandar, Ya Allah. Kerana aku sangat menyayanginya :')
xoxo
No comments:
Post a Comment