Saturday, June 30, 2012



Me love them so much.
Thank you for three years until now xoxo :)
Assalamualaikum

Selamat tengah malam semua.

Tadi, pukul 12.54 am aku selamat meluahkan perasaan aku kat Iskandar. Mesti korang cakap aku nampak desperate kan? Hahaha. Aku luahkan perasaan aku pun bukan suka-suka. Serius kot sebab dah fikir. Tapi tadi rasa cam terpaksa luahkan harini jugak sebab dah 3 tahun pendam. 3 years keyh! Hewhew.

Rasa tadi kekuatan tu datang. So, aku malas nak berlengah nanti menyesal. Peh ayat. Aku luahkan pun bukan nak dia jadi milik aku cam sesetengah orang luahkan sebab nak orang tu sangat. Aku lebih kepada biar dia tawu perasaan aku selama ni. Aiceh. Jahat weh aku jatuh cinta kat boyfriend orang hoho.

Sekarang masih menunggu respon daripada dia. Dah dekat 1 hour ni. Tapi takpe. Bersabar lah. Aku kena bersedia apa pun jawapan yang akan dia bagi nanti. Sebab aku dah luahkan so, kena la amek risiko. Bagus Putuw bagi motivasi hewhew. Okay lah. Selamat malam.

xoxo

Friday, June 29, 2012

Assalamualaikum

Kehadapan kekasih gelapku, Iskandar Eh? Hekhek.

Tiada apa yang nak aku katakan cuma satu sahaja.

AKU SAYANG KAU

Peh! Pengakuan berani mati sial. Okay, macam kau cakap kat aku Ahad lepas ;

Is : Aku sayang kau.
Me : Hah?
Is : Aku sayang kau, ikin.
Me : Apa? Tak dengar. Lagi sekali.
Is : Aku sayang kau, ikinku sayang.

____________________________

Haa nampak tak kat situ? Hm sebenarnya tak nak percaya sangat dengan perkataan SAYANG tu sebab kat semua orang kita boleh cakap kita sayang rite? Ya, dia ada cakap dia sayang sebagai kawan. Kawan dia ramai kan heee. Apa wa merepek ni?

Okay, straight to the point lah. Aku dah mula suka kat dia balik. Asalnya dari dulu lagi. Sejak dibangku sekolah lagi. Peh ayat tak tahan. Tapi perasaan tu lama-lama takde sebab aku dah tak rapat dengan dia macam dulu masa masih bersekolah. Tapi sebenarnya jauh di lubuk hati aku masih bersisa perasaan suka pada dia. Haa get it? Then sekarang kembali rapat dan benda yang aku takutkan dah pun berkuasa dan bermaharajalela dalam hati aku. Timbul kembali perasaan suka tu. Bukan sekadar suka malah rindu jika tak contact even sehari. Ya, aku rindu dia sekarang. Aku tak tipu.


Akan tetapi, kita ni kalau suka kat boyfriend orang ni sampai kemana je kan? Hati dan fikiran dia tetap untuk girlfriend dia. Bukan untuk kita. Aku tak boleh nak ubah apa-apa. Cuma mampu pendam dan simpan sorang-sorang tentang perasaan hati aku untuk dia. Aku juga tak boleh dan tak layak mengubah hati dia kerana orang kata hati manusia tak boleh dipaksa. Begitu jugak hati aku. Tak boleh nak buang jauh-jauh perasaan ini.


Aku tahu dia anggap aku sebagai kawan. Tapi aku tidak. Layanan dia pada aku kadang-kadang lebih dari seorang kawan. Itulah salah satu faktor kenapa aku suka kat dia balik. Rasanya mungkin aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku. Hanya atas nama kawan. Rasanya tu yang lagi suci dan bersih.


Aku tak cukup kuat nak meluahkan segala-galanya pada dia sebab aku tak nak merosakkan hubungan kami sebagai kawan. Cukuplah diri ini dan yang terdekat tahu isi hati aku. Aku hanya mampu doakan kebahagian dia.



Lindungi Iskandar, Ya Allah. Kerana aku sangat menyayanginya :')

xoxo
Assalamualaikum

Selamat malam, semua. Kesian blog ni dah berapa hari tak diupdate hehe. Selasa lepas adalah Girls Day Out! Hewhew. Unfortunately, tak semua yang ada dan semestinya lah tak cukup kuota. Tapi nvm sebab esok sekali lagi Girls Day Out! Woots! Btw, here are some pictures for you. Yes you. You lah! Hihi ;









Ada banyak lagi. Semuanya di facebook Puteri Hanis Azizan. Thanks sebab sponsor kamera. Dah rasa macam DSLR, babe hewhew.

xoxo

Tuesday, June 26, 2012

Assalamualaikum

Penat berjalan harini. Macam-macam tempat pergi. Tengok movie cerita Abraham Lincoln tu. Tapi saya cuma bagi 3.5/5 je kot. Tak adventure lah hoho. Btw seronok sebab tengok dengan siblings saya. Dah memalam ni malas nak taip panjang-panjang so, ni tatapan untuk korang ;


Khairul Ra'in pun ada cuma time ni dia jadi cameraman :)

Ouh yeah, tadi Akem chat dengan saya. Ni result dia. Awesome right? Cuma slek Tasawwur tu -.-" Tapi sokey la Akem. Well done!


xoxo

Sunday, June 24, 2012

Assalamualaikum

Hi! Hari Jumaat lepas kita keluar dengan kawan-kawan kita. KAWAN tau. Okay, malas nak cerita banyak. Ni lah Encik Iskandar kita.


Haa jangan fikir bukan-bukan hee. Dia kawan kita je. Sebab dia dah ada girlfriend so kita dah kena reject awal-awal bahahahaha. Sekarang dia jadi driver kita *peace*

Tak sabar nak tunggu Kak Fariza upload gambar kat Melaka :)


xoxo

Thursday, June 21, 2012

Assalamualaikum

Harini sebenarnya nak buat sesi luahan hati. Eh tanakla malu orang baca tapi nak buat jugaklah. Siapa je baca belog kita ni. Orang pertama tawu link rasanya Farah hihi ;p

Encik I nama diberi. Ala malu ah nak cakap nama penuh. Faham-faham sendiri lah. Nak kata aku jatuh hati rasanya tak kot sebab takda rasa apa-apa #eh Ah senang cerita dah rapat balik dengan dia la. Dulu masa kat sekolah je rapat pastu masing-masing buat hal sendiri.

Aku bukan apa cuma aku takut. Takut kalau-kalau masa lalu tu berulang kembali. Yeah maybe dia cuma main-main dengan aku sebab dia pun dah ada girlfriend. Tapi takutla jugak. Sedangkan orang yang berkahwin pun boleh bercerai apetah lagi yang sedang bercinta - Tasha. So, Asyikin jangan menaruh harapan yang tinggi sangatlah ye. Nanti awak merana. Eh dahla kbai.

*Tatawu nak buat apa sebab esok Encik I ajak keluar. Ouhmyyy, pleasa help me.

xoxo

Monday, June 18, 2012

Wedding Kak Dila & Abg Hezer

Assalamualaikum

I'm back, baybeh! Hahaha. Hurm nak cerita apa? Ouh nak cerita 9hb lepas cousin awesome saya selamat disatukan dengan pasangan pilihannya. Meh tengok sini. Bila turn aku pulak nak pakai lawa-lawa camni? Hewhew. Btw, selamat pengantin baru, Kak Dila & Abg Hezer ;)



Pengantin lelaki hati dia lembut. So dia nangis kihkihkih


Yang ni feveret



Ni buah hati pengarang jantung kita :)




Ouh yeah, gambar feveret kita ada lagi yang tertera kat atas tu haa. Baring atas katil pelamin gitu -.-" Jumaat ni pulak hantar pengantin untk majlis sebelah pengantin lelaki kat Melaka. Me, jadi pengapit okay. Wattudu? Dem wa.

xoxo
Assalamualaikum semua.

Gila kentang tak update blog 3 bulan. Aku ulang, 3 bulan keyh. Peh!

Sebenarnya dah tak nak dah ada blog ni. Faham-faham la sekarang ramai stalker busuk hati nak mampus. Tetiba tergerak hati pulak nak ada balik. Gatal tak gatal kan. Okay lah, sambung nanti. Ni intro je dulu >.<

xoxo